Latar belakang dan peranan Dolores_Umbridge

Umbridge mula muncul dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix. Sebagai Penolong Kanan Menteri Sihir (Cornelius Fudge), dia merupakan antara penyibuk dalam kes Harry di Bilik Perbicaraan Sepuluh sebagai salah seorang Wizengamot, jawatankuasa kehakiman ahli sihir, apabila Harry dituduh melanggar peraturan ahli sihir bawah umur. Kemudian diketahui yang Umbridge sendiri menghantar Dementor untuk menyerang Harry agar dapat mendiamkannya.

Umbridge kemudian ditempatkan di Hogwarts sebagai professor baru bagi Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam atas arahan Kementerian Sihir (yang mungkin disebabkan Dumbledore tidak mampu mencari pengganti yang sesuai). Kelasnya mendesak agar hanya teori pertahanan yang boleh dibelajar, memandangkan Fudge takut jika Dumbledore menggunakan pelajarnya sebagai tentera untuk menjatuhkan Kementerian. Kemudian, beliau menjadi orang yang pertama dan satu-satunya dilantik sebagai "Pegawai Penyoal Siasat Hogwarts", yang memberikannya kuasa lebih ke atas para guru dan pelajar serta undang-undang sekolah.

Umbridge mewujudkan Skuad Penyoal Siasat yang disertai oleh Slytherin dan memberikan ganjaran kepada pelajar yang memberikan laporan tentang sebarang penentangan kepada Umbridge. Dengan mendiamkan Harry Potter dan menutup kebenaran yang Voldemort telah kembali, Umbridge dan Fudge tanpa diketahui membantu Voldemort dan pengikutnya berkembang.

Peranan Umbridge di Hogwarts dibayangi kekejaman dan penyalah gunaan kuasa terhadap pelajar, Beliau berani menghukum sesiapa sahaja yang membantah atau melawannya walaupun hanya kata-kata. Dia pernah memaksa Harry dan Lee Jordan menulis menggunakan pena pelepah yang secara ajaibnya menghiris kulit tangan penulisnya dan menggunakan darah penulis sebagai dakwat. Beliau juga menunaikan permintaan Argus Filch untuk menjalankan hukuman kea sat pelajar dan menyuruhnya (walaupun tak pernah berlaku) untuk menyebat Fred dan George Weasley. Malah, Umbridge juga menggunakan Serum Verita serta pernah berniat dan hampir menggunakan Sumpahan Tak Terampun (Sumpahan Cruciatus) untuk memaksa Harry memberikannya maklumat.

Selepas Dumbledore meninggalkan Hogwarts, Umbridge dilantik sebagai Pengetua. Walau bagaimanapun, pejabat Pengetua tidak terbuka untuknya, dan jawatannya sebagai Pengetua telah mendapat rungutan dan rusuhan dari pelajar serta kebanyakan warga sekolah sendiri.

Umbridge menunjukkan sikap prejudis atas hidupan bukan manusia dan separa manusia dan pernah mendrafkan undang-undang anti-serigala jadian yang menyebabkan orang seperi Remus Lupin sukar mendapatkan kerja dalam dunia ahli sihir. Prejudisnya terbukti juga apabila Hermione mengumpannya ke Rimba Larangan dan melintasi laluan sentora. Apabila Umbridge menghina kaum mereka, sentora bertindak ganas dan menyerangnya. Disebabkan itu, Umbridge dimasukkan ke hospital keesokan harinya atas belas kasihan Profesor Dumbledore sendiri.

Akhirnya, Dumbledore dinaikkan semula sebagai Pengetua Hogwarts dan Umbridge dikeluarkan dari sekolah, Selepas sembuh, beliau terhendap-hendap ketika keluar tetapi malangnya ditemui Peeves yang menyebabkan dia dikejar dengan menggunakan tongkat jalan dan stoking penuh dengan kapur ketika staf dan pelajar hanya melihat sahaja.

Umbridge menghalau Sybill Trelawney dari Hogwarts sementara ditenangkan oleh Profesor McGonagall dalam filem Harry Potter and the Order of the Phoenix

Tidak diketahui rumah apa ketika Umbridge bersekolah tetapi sikapnya yang amat menyebelahi Slytherin dan pernah memakai pakaian hijau ketika perlawanan Quidditch menunjukkan seolah-olah dia adalah bekas ahli Slytherin. Ciri-cirinya langsung tidak menyerupai seorang ahli Gryffindor, malah menentang Gryffindor pula, dan personalitinya tidak sesuai dengan Hufflepuff (setia dan rajin) mahupun Ravenclaw (bijaksana), yang dapat dilihat kesukarannya ketika membuang jampi Fred dan George Weasley.

Dalam buku keenam, Umbridge kembali bekerja di Kementerian bawah Menteri Rufus Scrimgeour, tetapi tidak diketahui jawatannya kini. Dia turut dilihat ketika pengebumian Dumbledore. Disebabkan peristiwa di rimba, beliau kini takutkan sentora.

Umbridge dikatakan akan kembali pada buku ketujuh menurut JK Rowling sendiri.

Dalam buku ketujuh, Dalores Umbridge sering menyeksa penyihir kelahiran Muggle dengan menghantar mereka ke Azkaban. Akhirnya Umbridge ditangkap dan dipenjarakan seumur hidup kerana mengkhianati Kementerian.